Wednesday, 17 December 2014

Mangsa Pukul Alif Aziz Tampil Beri Kenyataan Dan Mahu Saman


Kata Ismail Mahtar 53 tahun, yang juga merupakan seorang pengurus Jabatan Kontrak, mangsa kepada kes amuk Alif Aziz :

Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok. Apabila keluar ke lobi, saya nampak ada tiga orang di situ dan salah seorangnya dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Semasa hendak menyalakan rokok, tiba-tiba pemuda yang tidak berbaju itu menjerit dan terus meluru ke arah saya. Saya sempat mengelak dan lari dari situ tetapi dia mengejar saya dan pada masa itu saya terjatuh tetapi saya cuba bangun. Kemudian saya terjatuh lagi. 

Apabila saya sudah jatuh dia mendekati saya dan di tepinya ada sebuah kipas meja. Dia terus mencapai kipas itu dan mahu memukul saya tetapi tindakannya itu sempat dihalang seorang pengawal dan seorang rakannya. Tapi ketika dia mendekati saya itu, saya memang ada terbau arak (liqour) dari badannya dan bau itu sangat kuat. Sehingga hari ini tangan kanan saya lebam dan kebas. Doktor memberitahu saya perlu menjalani pembedahan dengan segera manakala kos pembedahan dianggarkan RM10,000. 

Pada hari itu saya terpaksa membatalkan mesyuarat dan menangguhkan urusan kerja. Malah, saya menanggung kesakitan akibat kejadian itu dan perlu menjalani pembedahan segera yang menelan kos yang banyak. Saya mahu dia berjumpa dan memohon maaf kepada saya. Jika tidak, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadapnya atas kecederaan yang saya alami ini.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved rilexmedia.blogspot.com